Seni Logam dan Lukisan Minyak, proses pembuatannya adalah dengan menggunakan kaedah tradisional, iaitu setiap karya akan di ukir dan di lukis menggunakan tangan bagi memberikan keunikan yang amat istimewa bagi setiap produk yang terhasil akan nampak berbeza walaupun sama berbanding Seni kayu, Seni Batu dan Tanah Liat dan Cermin Hiasan yang dihasilkan secara komersial.
Kebanyakan karya-karya yang terhasil akan mengandungi surah-surah yang terpilih dalam ayat-ayat suci Al-Quran, seperti Ayatul Kursi, Ayat Seribu Dinar, Surah At- Taubah (Ayat 128/129), Surah Al-Fatihah, Surah Nuh (Al Isra), Asmaulhusna, ’ Tiga atau Empat Qul’ (An-Nas, Al-Alaq, Al-Ikhlas, Al-Kafirun), Penghulu Istighifar dan lain lain lagi.
Bentuk hasil karya Seni Logam dan Lukisan Minyak kami juga akan memenuhi impian dan citarasa yang berbeza. Ianya juga datang dengan berbagai bentuk seperti Surah dengan Bismillah sambung ataupun tidak, berbentuk bulat, Sfera dan menyerupai kapal seperti Surah Nuh (Al-Isra). Bagi latarbelakang hasil seni tersebut, kami menggunakan baldu ataupun kanvas.